Monday, February 15

meaning of love...

(tajuk dlm b.i x bermakne fully english usage in here, ok..)

Suatu hari, sepasang kekasih sedang duduk berdua-duaan di sebuah taman yang sungguh indah bak taman-taman syurga. Yang lelaki bernama Jejaka, yang wanita bernama Gadis. Mereka sungguh mencintai satu sama lain, hingga mereka pernah bersumpah untuk sentiasa bersama, walau ke mana sahaja mereka pergi. Sang Gadis bertanya kepada sang Jejaka,
"Wahai Jejaka, apakah kau akan setia kepadaku, sehingga aku pergi dahulu meninggalkanmu tidak lagi kembali?"

Sang Jejaka menjawab,
"Wahai Gadis, sudah pasti aku akan terus menunggumu walau kau telah pergi. Aku terlalu cintakanmu."

Sang Gadis tersenyum puas. Gembira kerana dirinya dicintai Sang Jejaka. Walhal, dalam hatinya, sebu tanpa ada hadnya. Ada rahsia yang disimpannya daripada pengetahuan Sang Jejaka.
Setelah beberapa tahun mereka mencipta kenangan, suatu hari Sang Gadis jatuh sakit. Dia disahkan menghidap barah hati. Sang Jejaka yang membawa cincin untuk melamar cinta hatinya, meronta-ronta di dalam hati, meminta tuhan menyembuhkan sakit Sang Gadis yang terlalu dikasihinya itu, akan tetapi, sudah sampai ajalnya Sang Gadis pergi tidak kembali lagi. Sang Jejaka, terduduk di birai katil dan tumbang disitu juga tanpa sempat dipegang oleh yang lain.

Namun, ternyata Sang Jejaka tidak berpegang pada janjinya. Setelah beberapa ketika bersendirian, dan hidup di sebalik bayangan Sang Gadis, Sang Jejaka terjumpa dengan seorang wanita yang menambat hatinya lalu dinikahinya dan mereka hidup bahagia dengan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Suatu malam, Sang Gadis mendatangi mimpi Sang Jejaka.
"Wahai Jejaka, kau pernah berjanji padaku, bahawa kau akan tetap menungguku dan tidak berpaling pada yang lain, tetapi nyata kau mungkir janjimu." Kata Sang Gadis. Lalu, Sang Gadis berlalu. Sang Jejaka sempat menghidu haruman lembut bunga kasturi sebelum Sang Gadis berlalu pergi. Hanya air mata yang mampu dialirkan sebelum Sang Jejaka tersedar.
Kini, Sang Jejaka hidup penuh kekesalan. Dan, selepas malam itu, bayangan wajah Sang Gadis tidak lagi hadir dalam kotak mimpi Sang Jejaka.
(cerite tiade kaitan antare yg hdup dgn yg tlh mati...)
hehhehe..

p/s: renung2 kan...dan slmt merenung...

No comments: