Friday, April 30

heh...being one sort of...me!!

hard to share feelings, but it's even more harder to express the feeling we have for some reason, some stupid reason, i guess it shud be.hahahahaha...doing xms like crazee and doing nothing even more than seeing books n f-ing.can't even wait for today to finish.last paper for final xms then i can go back thinking of nothing else more other than to live online for whole day.heh, guess it can't be helped. i was so keen on the things i shud do in my tyme.tell you wat, i am being reluctant nowadays, and shud i tell, that i am afraid if something that i wud avoid come and say hi! to me...well,it's not hard being one sort of...me. bcuz i'm simple.that more i like it.

...i'm done...

Thursday, April 29

still not getting any 6

"My answer is...."

"What? Abang Hafiz dah setuju. Tengok muka pun tau la weyh!!! Kau nak ke tak?"

Izzul masih bertanya meminta kepastian.

"Ok, aku bagi kau masa. Fikir dulu, anyways, esok aku nak bawak kau jumpa parents aku. Banyak dah aku cakap pasal kau kat diorang,and they can't wait to see you, dear!!!"

Izzul menambah. Memberi ruang kepada Hanani untuk berfikir. Tidak mahu memaksa. Dia tahu, gadis itu masih belum bersedia. Untuk bercinta pun dia macam nak tak nak je, nak kahwin ni, apatah lagi.

"Abang memang takde masalah. Memang kalau boleh, abang nak ada orang yang boleh jaga adik. Dia pun bukannya sihat. Asyik pitam aje. Adik, macam mana pulak?

Hafiz memberi pendapat. Hanani di sebelah sudah terkedu, diam tanpa kata. Matanya meminta simpati. Untuk menjawab 'ya' dia belum bersedia, tetapi untuk mengatakan 'tidak' dia tidak sanggup untuk melukakan.Dia memang belum bersedia untuk semua ini. Dalam hatinya, cinta adalah perkara terakhir yang difikirkan. Semua yang dia fikirkan adalah pelajarannya. Masa depannya, dia tidak pasti. Tapi, untuk menolak pinangan lelaki itu, yang sudah banyak membantu, dia tidak sanggup.

"Izzul, kau baliklah dulu. Pasal esok, kau bagitau aku kemudian. Aku tengah pening. Kepala aku tengah berpusing ni. Kau balik dulu, ok?"

 Sambung Hanani selepas diam beberapa ketika.Sungguh dia buntu. Terlalu sukar untuk dia menerima kenyataan itu. Entah apa mimpinya si Izzul ni tiba-tiba nak ajak aku kahwin time0time mcm ni? Kemaruk sangat ke ape?

"Nani, aku tunggu jawapan kau. Aku bagi kau masa selama cuti sem ni. Aku harap kau terima lamaran aku ni.

Datar suara Izzul. Nyata dia masih perlu menunggu.

*********************************************************************************

Hanani:

...i never overheard this things, and he's the first to make me fall...

Izzul:

...she never had the feeling, but i keep falling faster...

Izzul sedang menunggu mama da papanya yang sudah berjanji mahu datang melawatnya minggu lepas di bangku kafe sambil matanya melekap pada notes Animalia yang colourful angkaranya sendiri. 'Hari itu dah baca sampai hafal-hafal, hari ni da lupe da, adess, memang killer la ini subjek. Sedang dia membaca tentang Avian Adaptation, seseorang datang mengetuk meja.

"Bro, kau sempoi ea bace notes Animalia kat kafe yang bising macam ape ni?"

Satu suara halus yang sering menjadi kegilaannya kini menyapa telinganya lembut. Pandangan masih pada notes, malas mahu bagi respons la kat minah dah habis study ni. Meluat.

"Oii, aku cakap dengan kau. Ehmm...dah tak de tempat sunyi ke kau pilih nak baca notes ni?
Gadis itu bersuara lagi. Kemudian gadis itu menjatuhkan duduk di hadapan si jejaka. Tangannya ligat menarik notes dari tangan Izzul dan membuka pages yang sepatutnya.

"Hmmm...yang kau baca Avian apehal, yang kuar pasal Sponges and Cnidarians aje la uncle. Dah lupe ke? Prof bagitau masa lecture last minggu lepas? ke kau tak datang lecture, hah?"

Sengaja mahu menyakat si jejaka.Selalunya ada sambutan menggalakkan, tetapi hari ini lain pulak aksinya. Macam orang tak makan setahun pun ade gaye.

"Oii, thnx la bagitau. Mana aku tau tak kuar yang Avian kuar..pe da? Eyp, kau blah dulu lah, malam nanti aku call kau keh? Aku ada hal sekarang ni, kalau kau nak kite study sama-sama malam ni, ok je...Tapi, now, is not the right time to being together, sorry."

Tutur si jejaka tanpa rasa dalam setiap butir bicaranya. Pandangannya masih pada helaian notes ringkas yang dibuat tentang Avians itu. Tidak lama selepas itu, si gadis itu berlalu dengan dentuman muzik dihujung earpiece-nya. 'Ah, lantak kau lah...'

Kemudian, deringan handsetnya mengejutkannya daripada lamunan.

"Izzul, mama and papa dah sampai ni sayang, Zul kat mana?"

Suara lembut mamanya singgah dipelupuk telinga. Matanya diangkat perlahan dari notes Avians tu. Masih banya bersisa. Memang kena suh minah tu citer kat aku la malam ni.hmmm...'

Sebaik mengangkat mukanya memandang ke depan foyer, kelihatan mama dan papanya sedang berjalan dengan senyuman ke arahnya.

Kemudian,

"Izzul, kawan papa berniat nak jodohkan anaknya dengan Zul, dan papa harap sangat kamu boleh setuju. Itupun, kalau kamu belum ada sesiapa."

"Sesiapa ape ni, papa? Maksud papa jodohkan tu, nak kahwinkan ea? Izzul belum sedia. Lagipun, Izzul dah ada orang yang Izzul tengah cuba tarik perhatian. Kalau  papa nak suruh Izzul kahwin pun, Zul akan kahwin dengan budak sorang ni aje, sebab hati Izzul memang dah lekat dengan dia.Izzul mintak maaf sangat papa."

Panjang lebar Izzul menjelaskan. Memang ada seseorang yang sedang melekat di dalam hatinya, dan tiada yang lain akan singgah di hatinya melainkan si gadis itu. Senyuman tawar dipamerkan semasa menghantar mama dan papanya. Suka juga kerana mereka menjenguk, tetapi berita itu, memang susah dicerna.

**********************************************************************************

Hanani,

...you sure are reluctant...

Izzul,

...girl, you're making me flying...

Thursday, April 22

still not getting any 5

Pagi hari raya itu,Abduh Hafiz dan Hanani Ulya' menapak menghampiri pusara ibu dan ayah mereka. Betapa mereka terlalu rindukan mereka. Urusan pengajian Hafiz sudah selesai dan hanya menungguh jawapan untuk dihantar ke kampus mana. Sama ada di main campus atau campus kejuruteraan. Semalam sudah diberitahu adiknya yang dia bakal meanjutkan pelajaran di USM sama seperti adiknya. Pada hematnya, lebih mudah. Rumah di KL akan disewakan kepada sesiapa yang memerlukan rumah. Mak Temah diberi tanggungjawab untuk mencari penyewa. Hafiz bercadang untuk menyewa sebuah rumah di Pulau Pinang dan tinggal  bersama adiknya. Mereka sebatang kara dan tidak ada salahnya sekiranya mereka membuka buku baru dalam hidup mereka. Sesekali mereka akan datang ke KL untuk melawat pusara ibu dan ayah mereka.

"Ibu, ayah, Fiz ngan Nani mintak ampun. Ni first time raya tanpa ibu, tanpa ayah...rasa kosong sangat-sangat. Kami rindukan jenaka ayah. Kami rindukan masakan ibu."

Air mata mereka berguguran membasahi wajah yang kemerahan menahan panas terik matahari. Sungguhlah, semasa adanya mereka, ada antara kita yang mengabaikan keberadaan mereka di sisi kita walau mereka jauh dari kita, tetapi bila mereka sudah pergi, kita akan merasa betapa kehilangan, satu penyeksaan.

Saat itu, air mata Hanani tidak dapat ditahan. Abangnya Abduh Hafiz sudah mengelap air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir. Sedu-sedan Hanani menambah kesedihan. Gadis ini terlalu muda untuk kehilangan ibu dan ayah. Mereka memang memanjakannya sehinggakan budak ni jadi susah untuk berenggang. Masakan, adiknya yang lebih pintar itu tidak dapat tawaran belajar di overseas, tetapi awal-awal lagi, ibu suruh adik tolak. Ibu tak sanggup nak berpisah jauh lama-lama dengan adik. Tetapi, akhirnya ibu  yang pergi dulu.Tinggalkan kami selama-lamanya. Ibu....

'Nani, selamat hari raya. Mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, weyh! Balik cuti ni, aku belanja kau makan Friday's k?Kau suke kan?Huhuhu...'

Kiriman sms Izzul dibaca tanpa perasaan. Sedihnya masih bersisa. Ketupat yang dibeli abangnya itu masih tidak dijamah. Abang sibuk melayan teman-temannya yang datang melawat menyampaikan takziah. Teman-teman ibu juga ada call bagitau nak datang, dan mereka menyambutnya dengan tangan yang terbuka. Sekurang-kurangnya, diorang masih ingat jasa ibu. Kawan-kawan ayah pun ada bagitau nak datang menjenguk. Tak kisahlah.Nak datang ke tak, aku tak kisah. Jangan banyak kerenah sudah. Skrin handset dipandang tidak berperasaan lagi. Kini, ada satu lagi sms daripada Izzul.

'Nani, aku datang. Jumpe kau. Petang ni. Kul 5. Aku nak raya rumah kau, aku nak jumpa abang kau.Aku nak bincang pasal kita.'

Hanani terpegun. Nak jumpa? Bincang? Kita? ' Aku tak faham.' Di luar sedar tangannya sudah menaip 'OK' dan terus menekan butang SEND. Berkali-kali Nani memastikan, dan sememangnya dia dah SEND mesej tu. Dan, dia hanya termenung. Tidak tahu apa yang harus dibuat.GILA.Nani, kau sudah GILA.

...just, don't wanna give him false hope...

Jam sudah pukul 4.00.'Still have time to give excuses, Nani!Idea!!!'

Nani hanya memandang kosong skrin handset sehingga....

"Assalamualaikum!!!"

'Macam kenal suara tu. Tapi....' Jantungnya berdegup kencang. Macam nak gila je rasa. Cepat-cepat disarung tudung dan turun ke bawah membuat air. Dia tidak mengendahkan suara lelaki itu yang sedang beramah mesra dengan abangnya.

"Nani...ni kawan Nani datang ni. Dia nak jumpa ngan Nani sangat-sangat."

Naik satu oktaf suara abangnya menjerit memanggil dari depan. 'Sabarlah, tengah buat air ni!Huh..'

"Japlah, orang tengah buat air ni. Kang tak buat air, complain lak. Abang, nak potong benda ni macam mana? Meh tolong orang sat."

"OK!"

Sangkanya si gadis abangnya yang menapak, tetapi sangkaannya salah. Ternyata salah. Terpacul satu wajah yang cukup dikenalinya. Jam ditangan dikerling, adess....lupa lak mamat ni nak datang. Tapi, ape mimpi dia masuk dapur aku ni?/

"Tak payah, aku datang tak nak makan. Nak sembang-sembang ngan kau aje. Dah, bawak air tu pergi depan. Kita sembang-sembang."

Off-handed sahaja suara jejaka kacak itu. Dalam hatinya, berbunga riang kerana dapat bersua muka dengan Hanani. Rindunya bukan main. Dan, satu saat dia terpana, melihat gadis keras hati itu, memakai kain batik.

"Nani, sweetnye!!"Katanya sempat memuji sebelum disiku kuat oleh gadis keras hati itu.

"Kau, jangan lebih."

Hanani bagi warning awal-awal. Dia masih tidak faham maksud ayat mamat ni tadi. Dan, dia malas fikir lagi.

Di ruang tamu, abangnya sudah tersenyum-senyum. Manis. Hanani dan Izzul tidak bersuara. Dan...

"So, dah lama ke korang ni kenal? Sejak bile lagi korang kapel?"

Hafiz memecahkan kebuntuan. Hanani mencerlung ke arah abangnya. Izzul pula, tersengih-sengih buat muka tidak bersalah.

"Kitorang tak kapel, kawan satu kuliah aje."Kata Hanani selamba. Membela diri.

"Tapi, saya jadi her knight of shining armour die sebab tiap-tiap die mesti tumbang depan saye. IF, she didn't take her meal.Hmm..." Izzul tersengih lama memandang Hanani.

"OK, yang tu aku ngaku la...Tapi, aku tak faham, '.....nak bincang pasal kita.....'???derrr..ade meaning tak???"

Tanya Hanani mengharapkan jawapan. Abangnya hanya diam memandang mereka berdua.

"Pasal kita, aku nak nikah dengan kau boleh?" Straight to the point aje Izzul memberitahu. Payahlah nak dalih-dalih ni. Buntang mata Hanani. Abangnya pula, semakin lebar senyuman nakalnya. Dan, dalam hatinya, sudah merangka-rangka pla besar tahun tu.

"You, what? Say it again?"

Masih belum berpuas hati.

"Aku nak kita nikah. Dalam bulan ni kita tunang, bulan depan, kita nikah. Bound!!!!"

Izzul menerangkan satu persatu. Dia benar-benar sayangkan gadis ini, dan rasanya masalah yang diberitahu mama dan papanya boleh settle kalau aku nikah. Dan, gadis ni la yang aku pilih untuk menjadi suri hidup aku.

"No!!!"

"Aku tak boleh." Hampir menjerit Hanani bersuara.

"Kau boleh. Aku sayangkan kau. Dan aku tahu, kau sayang kat aku jugak. Deep inside, aku tau, kau ade simpan hati kat aku. I'm your knight with shining armour right?"

Izzul memujuk. Masiih menyimpan harap.

"My answer is....

...i do love you...

Hanani,

...it's not part of the plan...

Wednesday, April 21

still not getting any 4

"Nani, nah choc bars and fruit juice. Cepat jamah, before things become worst!!! Dah tau diri ade penyakit yang kau tak makan sapa suh?? Kan dah susahkan hati aku!!!"

'Huh, perlu ke aku cakap maca tu kat minah takde perasaan ni??'

Kelam kabut Izzul berlari mendapatkan apa-apa sahaja dan seberapa banyak aje choc bar untuk minah muke seposen tu..Kesian gile aku tengok muke minah ni. Ade hypoglycemia rupeye minah ni. Tadi masa adegan aku genggam tangan dia, patut la rasa clammy je, sakit rupanya. Hai....tak pernah pulak aku sangka minah ni macam ni bila dia lemah.

"Thanx,jasamu dikenang."

Kemudian, si gadis itu senyap semula dan matanya ditutup rapat. Izzul menggeleng kepala dan terus memulas kunci dan stereng.

'Ibu...........ayah............'

Esakan halus dari bibir gadis itu mula kedengaran. Izzul hanya memandang simpati.' Apa-apa sahajalah yang jadi kat kau, Nani. Tapi aku memang simpati denga kau. Kau sabar ajelah. Ok? Tidurlah. Dah sampai aku kejutkan kau.'

Untuk satu saat lagi, jari-jemari si gadis itu digenggam. Masih clammy dan sweaty. Kini ada getaran yang dirasakan. Sejuk aje tangan minah tu. Deretan kedai-kedai yang sudah melabuhkan tirai perniagaan untuk hari itu dipandang sambil memandu. QB sudah jauh ditinggalkan. Hampir sampai ke hostel, Izzul mencubit pipi si gadis. Terpisat-pisat si gadis membuka mata terkejut dengan cubitan itu. Badannay masih lemah dan sweaty. Choc bars yang berterabur di atas pahanya dikumpul-kumpul dan diletakkan di dalam beg galas. Kemudian, notes RM50 dikeluarkan dan dihulurkan off-handed kepada Izzul. 'Mamat ni dah banyak susah sebab aku. First time kut, aku kuar ngan dia.'

"Thnax, again. Gud luck, see you next monday ok?"

Hanani bersuara lembut. Sungguh lembut, dan Izzul dapat lihat diri Hanani yang dahulu Untuk sesaat.Kemudian, bibirnya yang kering kembali tiada seri. Langkah gadis itu dihantar dengan mata yang keletihan.Notes RM50 yg dihulurkan ditolak lembut. Selembut suara gadis itu. Dia ikhlas membantu. Tanpa sedar, hatinya berlagu riang.

Izzul,
.............she has caught me with her smile, even it was little...........

Hanani
...............i'm no one, i'm freaking scare of myself, i'm sorry for troubling you.............

Lagu Twisted Transistor-KORN berdentum kuat disebalik cuping telinga. Adegan dua minggu lepas memang susah untuk dilupakan. Betapa dia sukar memejamkan matanya bila Maria yang menjadi kegilaan ramai lelaki mendekatinya dan meluahkan perasaannya kepadanya. Siapa sangka, tetapi maaf. Hati aku sudah terisi kut. hahahahaha....

Tut.....Tut.....Tut........

"Hello, mama! Orang baru ingat nak call mama tadi, tapi mama dah call dulu.hehehehehe..."

Izzul berjenaka dengan ibunya, Puan Sri Kalsom. Sudah lama tidak mendengar jenaka si jejaka muda ini. Rindu menyesakkan. Ibu mana tidak rindukan anaknya yang banyak kerenah dan penuh idea untuk menceriakan suasanana.

"Hmm, ye la tu. Nak call mama ke nak call awek, ha?"

Si ibu pula berjanaka.Dia tahu, ananknya bukanlah jenis yang mudah hanyut dengan perkara seperti itu. Dalam fikiran Izzul, hanya mahukan kejayaan untuk menggembirakan ibu dan bapanya. Tidak seperti kebanyakan jejaka lain. Hmmm..anak bertuah!!!

"Zul, mama nak pergi sana mungkin minggu depan. Papa kata ada benda nak bincang ngan Zul, nanti mama bagitau bile ok? Zul, kamu belum ada sesiapakan?"

Izzul pelik dengan ayat ibunya. 'Huh, sejak bile pulak mama ni concern pasal kisah cinta putera-puteri aku ni?'

"Belum ade, kenapa? Mama nak suh orang cari sorang ke? Orang memang tengah usyar sorang minah keras hati ni mama.Hehehehe...dia kawan orang. Mama, janganlah tanya macam mama ngan papa nak bincang pasal wedding orang next week, buat orang takut je la mama."

Datar Izzul bersuara. Dia memang tidak banyak rahsia dengan ibunya. Anak manja.

"Tak ade apelah. Ok la, I'm hanging up. Senang-senang call la mama, jarang sangat kamu call mama sekarang ni, ye? Belajar elok-elok ok? Assalamualaikum...."

Puan Sri Kalsom menamatkan bicara. Dalam hatinya, ada sesuatu yang menusuk. Debar menanti minggu hadapan, ada berita yang perlu disampaikan kepada si anak, yang mungkin membebankan si anak.

'Mama ni, pelik je.Huh, buat aku takut je la. Sheeesh...'

'Izzul, aku mintak maaf tak dapat ikut kau pergi lunch hari ni. Awek aku buat hal, kene pujuk die.'

Sms yang diterima menambah susah dihatinya. 'Sheeesh..apehal sume benda tak menjadi ni? Yang sekor nh awek selalu buat masalah, yan sekor tu lak tak habis-habis gig. Aku ni je la yang tersadai kat sini. Huh...'

Izzul lantas menyarung bajunya dan melangkah menuruni tangga menuju kafe. Perut rasa lapar maha amat. Sejak dua minggu lepas, muka minah keras hati tu dah tak nampak. Sedang Izzul menuju ke kafe, minah tu lalu dengan gaya biasa, tetapi melayang je tiba-tiba. Depan matanya jugak, Hanani tumbang. Muka memang tak payah cakap, pucat lesi. Toreh pun tak keluar darah.Bulat mata Izzul.

'Minah ni, tumbang lagi. Mak ai, takkan nak biar kut?Tak de orang approache lak tu, sebab minah tu pengsan kat tempat yang memang bukan menjadi tempat yang orang suka-suka nak pandang.Hmmm...idea-idea, cepatlah datang apa nak buat?'

Lalu, Izzul berlari secepat mungkin mendapatkan Hanani. 'Heh, da agak da, muka pucat. Tak makanlah ni!'Izzul memegang tangan Hanani. 'Clammy, sweaty je. Choc bars!!!'Izzul membuka langkah dan berlari ke kedai serbaguna untuk mendapatkan choc bars. Kalau tak de, sugar lump pun ok je la. Nasib baik ada jual choc bars. Banyak Izzul beli, tangannya mencapai juga fruit juice di dalam fridge. "Alahai, minah ni.Kenapa kau tak makan?'

Usai membayar, Izzul bergegas semula ke tempat minah tu pengsan. Nasib baik dia ade kat sane lagi. Kalau dia blah maca tu je tadi, mau jugak aku siku dia esok. Persoalannya yang mahu disuarakan menjengah ke kotak fikirannya. Nak sangat tau kenapa minah nh asyik meracau panggil ibu dan ayahnya suh balik.Hmm..diorang pergi mana sangat?' Izzul mendekati Hanani dan mencubit pipinya kuat, menyedarkan gadis itu.  Nasib baik tak pitam terus, sedar gak bila kena cubit, macam nak kenakan aku je minah ni?

"Oit, kau ni betul-betul tumbang ke saje-saje sebab kau nampak aku hah?"

Izzul sengaja meninggikan suaranya. Mahu menguji si gadis, sangkanya si gadis akan membalas dengan pandangan tajam, tetapi hanya air mata yang membasahi matanya. Kecut perut Izzul kerana meninggikan suaranya tadi. 'Aii..minah ni, sekarang ni mudah lak nangis. Dulu, keras je hatinya.'

"Dah, dah...jangan nangis dah.Aku mintak maaf keh? Sorry la, aku ingat kau nak jeling aku, tapi tak jeling, kau pergi nangis lak. Nah, amek choc bars ni. Makan sume yang aku beli, ni ade fruit juice. Makan pelan-pelan keh? Jom kite pergi sana."

Izzul cepat-cepat memujuk. Hati lelakinya lemah melihat air mata seorang perempuan. Pantang tengok orang perempuan nangis.

"Nani, kalau aku tanya ni, aku harap kau tak kisah. Dan, kalau boleh aku nak kau jawab soalan aku ni. Ermm...ibu dan ayah kau pergi mana? Hari tu kau meracau-racau dalam kereta aku panggil ibu, ayah kau. Boleh aku tau?" Izzul menyusun bicara sesempurna mungkin. Takut menyinggung hati si gadis.

Cadbury bar ditangan yang masih bersisa dihulurkan kepada Izzul dan disambutnya dengan lembut. Izzul masih menanti jawapan dengan penuh sabar.Harapannya gadis itu menjawab soalannya.'Jawablah Nani.Please, aku nak tau sangat-sangat.'

"Parents aku dah meninggal." Sepatah sahaja jawapan Hanani. Kemudian dia mula mengatur langkah. Air mata diseka. Tidak mahu menunjukkan dirinya terlalu lemah di hadapan jejaka itu. Sudah terlalu banyak jejaka kacak itu membantu. Sudah terlalu sering dia menyusahkan jejaka itu.Dan, jejaka itu tetap mahu membantu walau dia sering menyakitkan hatinya. Dan, hanya dengan jejaka itulah, dia memberitahu kisah tentang kematian ibu bapanya. Izzul yang masih duduk berteleku di bangku itu terpana dan terlopong.

Izzul,

...ok,i'm speechless...

Hanani,

....he's my knight in shining armour, isn't it?...

***********************************************************************************

still not getting any 3

buat keje gile.study sambil blogging.idea datang banyk lagi mencurah2 nk buat cerpen baru.yes!!!!!!suke....

Hanani terkedu.Tidak pernah disangka abangnya mengambil keputusan untuk menyambung study di Malaysia dalam course yang sama. Impiannya yang dahulunya mahu grad dengan kelulusan master 1st class dari University of Warwick dikuburkan.Air matanya gugur tanpa henti. Sebak, betapa abangnya terlalu banyak berkorban.

"Semua yang abang buat ni, abang dah fikir sejuta kali. Jangan risau, abang masih boleh hidup even belajar kat mana-mana pun. Adik tumpukan pada pelarajan ye? Abang at least da ade degree. Abang nak terus kerja pun orang terima lagi. Adik tu, harapan arwah ibu dan ayah pada adik, adik still ingat kan? Tunaikan adik. Belajar saje ok? Abang tau, adik abang ni cerdik. Pandai bawak diri. Errmm, kereta tu, adik tak boleh drive sampai Penang dah la. Nak balik, abang hantar. Ok? Lagipun abang risaukan adik. Hal kat rumah ni, adik jangan risau, abang akan handle. Mak Temah bagitau abang, adik tiap-tiap minggu balik rumah ea? Kenapa adik abaikan pelajaran adik? Hmm...?" Panjang lebar abangnya membebel. Hanani hanya diam tidak bersuara. Ada getar dalam nada suara abangnya.

Nani tahu, abangnya terlalu baik. Dan, terlalu sayangkan adiknya ini. Betapa Hanani sedang menahan tangis di dalam dirinya. Lalu, di bawa dirinya ke dalam bilik dan melepaskan tangisan semahu-mahu yang mungkin.

"Ibu, ayah...Nani rindu sangat kat ibu, ayah...."

"Mana minah sekor ni? Kata kul 8 tapi dah kul 9 dah batang hidung pun tak nampak!"

Izzul masih setia menunggu. Jam ditangan sudah berkali-kali dikerling. Risau juga andai apa-apa terjadi kat Nani.

"Izzul!!!"

Satu suara lembut menyapa telinga Izzul. Penantiannya terhenti. Heh, macam putera tunggu puterinya pulak ye? Luku baru tau. Izzul berpusing badannya menghadap si gadis. Matanya layu. Tidak beriak lagi. Seperti biasalah. Telinganya disumbat earpiece. Bajunya, sama seperti selalu, tidak langsung bergaya. Cuma, menyarungkan t-shirt dengan jeans lusuh ketat melekat dikakinya yang panjang. Sejenak...Izzul terpana. Tudung si gadis terselak ditiup angin nakal.

"Yang kau tercegat kat tebing tu kenapa? Meh la sini. Jom kita balik kampus. Aku hantar kau sampai depan bilik pun aku tak kisah."

Izzul sengih berjanaka.Tetapi tidak langsung menarik minat si gadis itu. Pandangannya kosong. Bibirnya, kering. Tidak ada seri langsung.

"Aku nak makan. Jom pegi QB, kau teman, boleh?"

Si gadis bersuara lagi. Lembut juga melemahkan iman Izzul.

'Minah ni pandai gak goda aku noh? Ingatkan muka seposen tu, bab goda-menggoda ni tak reti langsung.'

"OK."

Spontaneous sahaja dua suku kata itu terpacul keluar. Huh, pelik!!! Macam mana aku boleh senang-senang je mulut cakap OK? Selalunya susah kut aku nak kuar ngan pompuan. Plus, ngan minah muka seposen ni.

"Jom."

Sepatah Izzul mengajak. Beg bimbit si gadis dijinjit tanpa arahan. Dia sendiri macam dah kena electric shock.Apesal aku boleh senang-senang je jadi baik ngan minah muka seposen ni? Huh???

"Naik cab ke?"

Si gadis bertanya. Masih bersuara lembut.

"Tak, naik kereta lembu. Ish, kau ni...aku kan ade kereta. Naik kereta aku la."

Masih cuba menarik gadis itu untuk ketawa, tetapi hampa. Sepanjang perjalanan ke QB kedua-dua mereka hanya berdiam diri. Satu saat, Izzul berasa simpati dengan Hanani. Tetapi, ada sesuatu yang mahu disuarakan dalam benaknya.

Tiba-tiba....

'Ibu.......ayah.........adik rindu sangat.........'

Suara halus Hanani seakan-akan merengek seperti budak kecil yang meminta perhatian ibu dan ayahnya.

'Ibu, kenapa bukan adik je yang terlibat dalam accident tu? Ibu..............ayah.........Pulanglah.....'

Esakan Hanani semakin kuat ditelinga Izzul. 'Accident? Pulanglah?Nani? Apa sebenarnya yang dah terjadi dengan ibu, ayah kau ni?'

Tangan si gadis digenggam perlahan. Perjalanan masih jauh. Tidurlah....

Bila sampai di QB, Izzul menepis-nepis pipi Hanani yang cengkung untuk membangunkannya. Perutnya juga sudah bernyanyi-nyanyi lagu riang. Lapor nyer...mama, tak sabar nak balik...

"Nani...bangunlah. Kata nak makankan? Kita dah sampai. Cepat siap-siap, aku pun lapar macam dah sampai tahap gaban ni.Hahahahaha..."

Nani sengih sedikit. Dalam hati Izzul, ada sedikit lega. Gadis itu sudi juga sengih kepadanya. Bila Nani sudah keluar dari kereta Myvi miliknya, mereka berjalan ke dalam QB. Perut masing-masing meminta diisi. 'Ini kali pertama kut, aku makan ngan pompuan. Ngan minah keras hati ni pulak tu..huhuhu...'

Heaven. Hanani yang terlalu lapar kerana tidak menjamah makanan dari pagi tadi cepat-cepat mencapai sudu dan menyudahkan makanan dalam masa tidak tidak kurang daripada 10 minit sedangkan si Izzul terhegeh-hegeh nak habiskan nasik claypotnya. 'Mintak lagi claypot!'

Mereka tetap berdiam. Hanani hanya bersuara bila perlu. Izzul bercadang untuk bertanya akan hal yang didengari tadi kepada si gadis itu. Mereka terus bergerak untuk pulang ke kampus USM selepas makan. Di luar,

"Nani, aku nak........

Belum pun sempat Izzul menghabiskan kata-katanya, Hanani sudah tumbang betul-betul dihadapannya. Panik. Tak tahu apa yang perlu dibuat. Segala perkara yang mahu ditanya, hilang. Betul-betul mati akal...

'Izzul, fikir ape ko nak buat ngan minah ni? Nak angkat ke tak? Takkan nak biar kut?'

"Izzul..........."

Hanani memanggil Izzul. Suaranya lemah sahaja. Tidak berdaya untuk bangun lagi. Badan rasa sweaty dan dingin aje.Adess, macam mana leh pitam lak ni?

'Memang nampak tak berdaya langsung minah ni. Patutlah suara lemah semacam je. Dah makan pun leh pengsan lak...?Hmmm....

"Choc bar, Izzul...."

Hanani bersuara lemah lagi. Kali ini cuba ditekankan perkataan choc bar tu. She needs it more than everything now! More than everything!

'Hanani, why am I being stuck with you today? You sure have make my life into trouble. Huh!!!'.....

...................but, she's really something.i can't hold my breath............................

Hanani:

..................he isn't abang. and he is treating me softly.he cares for me....................

still not getting any 2

Izzul mengetuk keras keypad laptopnya. Marahnya masih bersisa. Tidak pernah dia melihat seorang gadis yang begitu keras hatinya. Segala usahanya untuk meraih kerjasama gadis itu untuk presentation yang tinggal next week aje.

'Hai, minah ni. Aku luku sambil ketuk-ketuk kepala tu baru tau. Dulu ok je, sekarang ni bukan main anti-sosial. Kalau nak jumpa, mesti dia yang pilih tempat. Asyik ikut cakap dia. Idea satu hape pun tak bagi.Huh...muka da cute gile, tapi masam je. Lepas-lepas bukak sem baru ni je dia berubah.Totally. Berpusing 360 darjah.Hmmm...Nani...'

Semalam puas Izzul mendail number phone Hanani. Tapi sekali pun tak berangkat. Masa nak balik dari kafe semalam ade la nampak kelibat gadis itu, tetapi laju je dia cabut. Ada perubahan berkaitan maklumat dalam text presentation part minah tu. Kang kalau tak bagitau marah, melenting macam orang beranak sepuluh. Sheesh...Berpuluh-puluh sms turut dikirimkan kepada Hanani.Tetapi hanya dibalas K. Sape tak bengang. Orang buang kredit banyak-banyak, tapi yang di balas cume satu huruf tu aje? Huh...ganti balik kredit aku weyh!!!Aku call mak aku lagu bagus la daripada duk sms kau!!!

Hanani....sekurang-kurangnya senyum la kat aku. Kalau bertembung, haram nak angkat kepala, telinga mesti sumbat dengane earpiece. Aku panggil, memang takkan dengar punye la.Huh, apelah minah ni. Kalau dulu, ada gak la berdunia ngan orang, tapi sem baru ni, sekor kawan dia yang dulu takde pun berkepit dengan dia.Hanani Ulya' yang dikenalinya dulu tidak seperti kini. Dan, Izzul curious ingin tahu cerita sebenar mengapa Hanani berubah. Totally changed. Like, she's becoming other person from her own self.Dulu, selalu gak nampak dia bergelak ketaw, tapi sekarang ni, she's like a lady with a iron heart. Not even being care about her dirty shirt. She's not herself yang akan membalas senyuman orang disekelilingnya selagi dia mampu senyum. She's not even willing to let anyone get into her bussiness...Hanani Ulya'....

............she's cute...........

'Izzul, aku balik minggu ni. Pasal presentation next week kau handle mana-mana yang belum siap, and thnx for the info. Sorry tak dpt respons pnjg2, aku tengah deal benda ngan abang aku.'

Itulah kiriman sms yang diterima pagi Sabtu yang indah itu. Dalam hatinya ingin bertemu si gadis itu, tetapi terpaksa dikuburkan niatnya kerana si gadis itu sudah selamat sampai rumahnya malam semalam lagi.

'Heh, homesick rupanya minah ni. Tapi rasanya setiap minggu minah kerek ni balik. Tak rasa macam jauh gila ke dari Penang drive sampai K.L.Tiap-tiap minggu balik. And, sejak bila plak mak bapak minah iron tu bagi dia drive kete jauh-jauh?...'

Pagi itu, usai solat subuh, dia membuka buku Kimia Organik untuk menyudahkan tugasan yang telah seminggu benar tertunggak. Niatnya mahu menyudahkan supaya menjelang tengahari boleh ajak Salam makan-makan di QB. Lama dah tak p sana. Teringin. Presentation dah settle, tunggu nak luahkan je kat lecturer. hah...

Tiba-tiba...

'Salam, Izzul...aku nak mintak tolong kau boleh tak?'

Si gadis mengirimkan satu sms. Matanya tidak jemu-jemu memandang skrin handset.

'Waalaikumsalam...bagitau je la. Tapi kalau pasal presentation tak payah risau, dah setel la. Ape yang kau nak mintak tolong?'

Pantas sms si gadis itu dibalas.Hatinya tidak sabar.

'Kau tolong jemput aku balik hari ini boleh tak?'

Izzul bagai tidak percaya. Kenapa dirinya yang menjadi sasaran gadis ini?

'Aku tak janji. Tapi, bukan kau drive ke?"

Ditanya persoalan yang merungkai.

'Kalau kau rasa menyusahkan takpelah. Kereta aku tinggal. Abang aku balik Malaysia dah. Dia yang akan guna sekarang ni. Sebelum-sebelum ni dia belajar kat overseas. Tapi atas sebab tertentu dia mintak balik Malaysia.Takpe la kalau kau tak nak tolong jemput.Aku tak pakse.K la.Sorry.'

Gadis itu seakan-akan merajuk. Izzul tahu abangnya belajar overseas. Tapi, rasanya belum grad lagi.Lagi setahun kut, baru grad abang minah keras hati tu. Atas sebab ape agaknya yang minah tu cakap tadi?Hmm..entahlah.

'Nani, ok.Aku jemput kau. Turun kat mne? Bgtaw cepat.'

Dalam penuh tanda tanya, dia tetap membalas sms itu.

'Kt Jeti.Tempat biasa kalau naik feri.Kul 8 malam ni.Thnx weyh.'

Huh, kalau aku nampak muka kau ketat lagi ngan aku tahulah apa aku nak buat Nani....

..................i'm speechless................

Tuesday, April 20

still not getting any...[PROLOG]

Hanani....
Hidupnya yang penuh kekosongan...
Dia hidup untuk dirinya...
Dia penuh keazaman...
Dia tiada masa untuk mengejar cinta...
But, when the Izzul guy comes in line, she overheard about something she never really cares....

....kejadahkan cinta, aku malas menyusahkan minda dan akal dengan persoalan itu....

Izzul...
Hidupnya sentiasa ceria...
Dia punya sebuah cita-cita...
Dia lelaki yang hampir sempurna...
Dia idaman semua...
Dia juga, tiada masa mengejar cinta.
Tapi, hadirnya sekuntum bunga yang indah, membuatkan hatinya sukar untuk bernafas...
Matanya mahu dihiasi keindahan bunga itu, setiap masa....

....she's nice, she's really something, to know her is a miracle....

dan sebuah kisah cinta, dan perjalanan hidup Hanani dan Izzul dirungkai satu-persatu...

Matanya yang pedih itu ditonyoh perlahan. Entah kenapa, semua yang berlaku semalam bagaikan menyambar jantungnya. Masih tidak percaya yang dia kini sudah tidak punya sesiapa dalam hidupnya kecuali dirinya sendiri dan abangnya yang sedang belajar di US. Hanani Ulya' berbaring lemah. Tidak berdaya rasanya untuk bangun dan menyegarkan diri. Semangat yang dahulunya sentiasa berkobar-kobar kini sudah tiada lagi. Masih terbayang semalam, jenaka yang dibuat oleh ayahnya. Mengusiknya tidak mahu menghantarnya pulang ke kampus setelah tamat cuti semester nanti. Ibunya pula, memasakkan lauk kegemarannya, udang masak merah. Betapa nikmatnya lunch semalam. Sangat seronok, tapi, menjelang tengah malam semalam setelah dia pulang dari tempat dia bekerja part time, jiran sebelah rumahnya segera mendapatkannya memeluknya erat.

'Apesal lak ngan makcik Temah ni??? Tak pernah-pernah peluk aku, balik-balik je kuar dari dalam umah aku terus peluk aku. Yang umah aku tu pun tengah-tengah malam cerah terang-benderang ibu ngan ayah buat ape??? Takkan buat kenduri kut? Abang balik ke? Rasanya semalam je abang bagitau abang balik bulan 5 nanti? Hmm...'

"Nani, mak Temah harap Nani sabar dengan apa yang mak Temah nak bagitau ni." Ucap mak Temah lembut seolah-olah mencari kekuatan untuk meneruskan bicara. Hanani masih tercengang tidak mengerti. Untuk berlari ke rumahnya dia tidak berdaya. Pelukan mak Temah terlalu erat. Dan kuat.

"Ape dianya mak Temah? Boleh tak lepaskan pelukan mak Temah tu? Saya tak boleh nak benafas. Maaflah mak Temah. Apa yang mak Temah nak bagitau?" Hanani cuba melepaskan pelukan erat mak Temah.

"Ibu dan ayah Nani....dah tiada. Petang tadi...." Belum sempat bicara mak Temah habis, Hanani terjelepok ke tanah. Kelam kabut mak Temah menjerit-jerit memanggil sesiapa yang berada di dalam rumah yang mendengar jeritannya untuk membantunya memapah Hanani. Kesian gadis muda ini. Hilang tempat bergantung dalam masa yang terlalu muda. Abangnya Hafiz sudah dimaklumkan dan dijadualkan sampai ke Malaysia paling-paling cepat malam esok. Tak apelah daripada tak balik langsung. Kemudian seorang wanita separuh usia sebaya mak Temah berlari-lari ke arah mak Temah dan membantunya memapah Hanani. Segala urusan menguruskan jenazah ibu dan ayah Hanani telah disempurnakan jiran-jiran mereka.

Keluarga Hanani tiada saudara mara di Malaysia. Lagipun, menurut cerita yang mak Temah dengar daripada suaminya, ibu dan ayah Hanani adalah anak tunggal, tiada saudara terdekat yang lain dan masing-masing tinggal di luar negara. Keputusan untuk berhijrah ke Malaysia adalah kerana si ayahnya mendapat tawaran kerja yang lebih selesa di Malaysia. Jadi, mereka sekeluarga berhijrah ke Malaysia dan bermastauti di sini sehingga Hanani Ulya' dan Abduh Hafiz membesar sehingga kini.

...........ibu,ayah........ kembalilah............

Kekangan waktu

Tercekik dalam satu masalah yang semakin menjerat nyawa. Kepala yang sakit meminta direhatkan, dan otak sudah tepu tapi masih aku sumbatkan dengan berbagai-bagai ilmu selagi mata mampu untuk melihat helaian-helaian kertas putih yang telah tercoret tulisan berbagai warna membekalkan diri aku berbagai-bagai sumber ilmu kepadaku.Buku-buku tebal tersengih menampak giginya yang kekuningan, betapa aku terlalu jarang membangunkannya dari tidur hingga giginya sudah berkarat. Bila ditonyoh-tonyoh, pasti aku kepenatan, sebab karat di giginya sudah sebati.hmm...analogi yang terlalu panjang.hahahah...tapi, bila fikir balik, benda ni bukanlah sesuatu yang pelik.dan aku jadi semakin risau dengan keadaan diri aku. mampukah aku kekalkan pointer macam sem lepas? aku sangat risau dengan hakikat yang aku tidak mendapat keberkatan dari orang di sekeliling aku.takut bila ada yang menyumpah sesuatu yang buruk kepadaku. takut dengan segala-galanya. dan aku takut dengan hakikat sebenar sesuatu kekecewaan.aku terlalu mahukan kejayaan, dan aku mahukan segala-galanya nampak menarik, tidak mahu merosakkan result sem lpas. sangat, aku terlalu takut aku hampakan harapan mama dan ayh. pointer yang tinggi sahaja memang tidak menjamin sesuatu kejayaan seseorang.bagi aku, dengan mendapat ponter yang tinggi, aku mampu gembirakan mama dan ayh.Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah dan bertawakkal.
minda gila sedang mengejar diri untuk tidak kekal dalam landasan.aku mula leka dan alpa dengan bunyian lunak dari dalam kepala yang membuatkan semangatku untuk semua yang aku mahukan berlalu terus.aku buntu seketika dalam kegelapan.dan aku masih mahukan berjalan dengan langkah penuh gaya sebagai seorang tokoh yang umpama benar.tapi, suakr kerana aku sudah tidak tahu mana arah yang betul untuk aku tuju.ahhh, bilamana perkara ini terlintas, aku jadi buntu dan semakin hilang semangat yang sebentar tadi berkobar-kobar dalam hati.
masih tercekik bila melihat masa semakin menghimpit, dan masih banyak tulisan2 dihelaian putih gading didepan itu. menyelak-nyelak helaian itu hingga lunyai, dan akhirnya jalan terpantas yang ada hanya memandang helaian elektronik yang telah menyala dari petang sampai pagi dan setia dengan tugasnya saban hari menanti tiba satu hari, di mana motherboardnya terbakar dan minta diganti.dia akan terus bekerja untukku.aku pasti.kerana inilah aku sygkannya.yeap...aku sayang dr aku.aku syg parents aku.aku syg kwn2 aku.aku syg lappyku.dan aku xsyg sape2 dah.
wish myself best of luck on having a whole week of- staring at the notes-movie on the go-enovel tht has just geeting started- for me.hmmm...

Tuesday, April 13

unspoken and coming undone...

speaking frankly, i am being more confuse.and confused.what am i suppose to do?wat am i gonna do?wat shud i do??hahhhah...it's easy to say i'm avoiding love, but how hard i try, i can't escape from being into it, but from different angle, it's not wrong i thought to be such i it.only, the truth about being into it, is too hard to be kept.to show the world i'm in it, is also not easy.many things i shud consider.huh...dunno why, but everytime i tried to escape from him, and doing any excuse for him to be angry with me, in the end of the day, he'd come back to me, saying nice word.and i seems to not cared about being hurt for how many more times, but i do feel sorry for my ex.blah...blah...blah...!!(^_~)

sudah berkurun kut aku x update belog ini.sudah penat dan sudah memasuki fasa sedang berhibernasi.ngahahahah...aku bkan beruang nak berhibernasi.ataupun, lebih mudah aku katekan, aku sedang menjadi dormant.uih???dlm erti kte mudah, menjadi sessile.seperti sponge.tdk berbuat ape2 selain duduk dibilik merenung buku2 tebal dan kertas2 lunyai menanti untuk difotocopy oleh junior2.exam is around the corner.lg 2 mggu je lebih kurg, tp ak belum sntu ape2.hanya membaca2 sekadar termampu.tdk mahu rasanya aku blur mase hr peperiksaan.ouh, sunguh aku tdk mahu.tapi smptkah aku untuk tdk menjadi seperti itu?aku seolah2 org gile yg sdg tdk mahu berbuat ape2, kerana masih sngkut dgn FB, dan masih lagi menonton movie korea yang hero dan heroinnya sgt sweet dan pndao berlakon.ak masih lagi di sini di alam maya dan fantasi tanpa ada sesiapa yg mahu melarang,ouh, apakah ini???aku tdk mahu seperti ini..mama!!!ayah!!!tlg....i'm coming undone.but i'm unspoken the word of being fear.haaaa.....sungguh aku sudah tdk mampu berfikir dgn normal.dan suasana abnorma sdg melangkah perlahan.huhuhuhu...smlm, hr ini dan esok direct ade tez, mggu dpn da study week, senin lg 2 mggu, da xm, mood btul2 kne set balik.nk study mls.weyh, ape nk jd nh???kte nk pegang biasiswa Tunku Abdul Rahman. wake up mimi.u hve to wake up!!
jgn biar diri jadi menyesal nanti.time is still there, u juz hve to wake up, and do something.!!!!!!!
hmmm...da lme aku tak rant kat belog nh mcm org gile.hak2...n da lme ak x taw dunie luar, selain yg ak dga dr lecturer atau dr member aku yg rjin check belog.ape nk jd pun xtaw.satu habuk pun aku x taw psl dunia sains ape jd...nnt nk bwt essay b.i nganga je la aku...hahahahah...hrap2 x lah, insyaallah...setakt yg aku taw, masalah pencemaran dan mslh peningkatan suhu dunia masih lagi hebat diperktakan, dan gelombang H1N1 juga masih sedang berlangsung,dan di Perak dikatakan mencatat kadar yg semakin meningkat, huh, gile, aku takut kut nk p Ipoh ke atas2 tuh.x selamat.nth2 kt Gerik pun ade..hrap2 xde.mintak simpng la...

hati aku sakit.hati aku menahan kerinduan.dan hati aku sedang brduka.aku tidak tahu bagaimana aku harus hilangkan kesakitan ini.tapi aku hanya mampu menangis saban malam dan saban hari kerana aku tdak tahu kepada manusia mana harus aku suarakan kesakitan aku.hanya kepada-Nya, aku berserah dan hanya kepada-Nya aku suarakan kesakitan aku.tanpa suara.dan, sedikit demi sedikit, hati aku tenang.hti yang sakit dan berduka dalam gelisah, perlahan-lahan menjadi damai.tapi, tdak lama, rasa itu dtg kembali.dan terus-menerus, hanya bila aku tunduk kepada-Nya hati ak akan tenang.alhamdulillah...