Tuesday, April 20

still not getting any...[PROLOG]

Hanani....
Hidupnya yang penuh kekosongan...
Dia hidup untuk dirinya...
Dia penuh keazaman...
Dia tiada masa untuk mengejar cinta...
But, when the Izzul guy comes in line, she overheard about something she never really cares....

....kejadahkan cinta, aku malas menyusahkan minda dan akal dengan persoalan itu....

Izzul...
Hidupnya sentiasa ceria...
Dia punya sebuah cita-cita...
Dia lelaki yang hampir sempurna...
Dia idaman semua...
Dia juga, tiada masa mengejar cinta.
Tapi, hadirnya sekuntum bunga yang indah, membuatkan hatinya sukar untuk bernafas...
Matanya mahu dihiasi keindahan bunga itu, setiap masa....

....she's nice, she's really something, to know her is a miracle....

dan sebuah kisah cinta, dan perjalanan hidup Hanani dan Izzul dirungkai satu-persatu...

*********************************************************************************
Matanya yang pedih itu ditonyoh perlahan. Entah kenapa, semua yang berlaku semalam bagaikan menyambar jantungnya. Masih tidak percaya yang dia kini sudah tidak punya sesiapa dalam hidupnya kecuali dirinya sendiri dan abangnya yang sedang belajar di US. Hanani Ulya' berbaring lemah. Tidak berdaya rasanya untuk bangun dan menyegarkan diri. Semangat yang dahulunya sentiasa berkobar-kobar kini sudah tiada lagi. Masih terbayang semalam, jenaka yang dibuat oleh ayahnya. Mengusiknya tidak mahu menghantarnya pulang ke kampus setelah tamat cuti semester nanti. Ibunya pula, memasakkan lauk kegemarannya, udang masak merah. Betapa nikmatnya lunch semalam. Sangat seronok, tapi, menjelang tengah malam semalam setelah dia pulang dari tempat dia bekerja part time, jiran sebelah rumahnya segera mendapatkannya memeluknya erat.

'Apesal lak ngan makcik Temah ni??? Tak pernah-pernah peluk aku, balik-balik je kuar dari dalam umah aku terus peluk aku. Yang umah aku tu pun tengah-tengah malam cerah terang-benderang ibu ngan ayah buat ape??? Takkan buat kenduri kut? Abang balik ke? Rasanya semalam je abang bagitau abang balik bulan 5 nanti? Hmm...'

"Nani, mak Temah harap Nani sabar dengan apa yang mak Temah nak bagitau ni." Ucap mak Temah lembut seolah-olah mencari kekuatan untuk meneruskan bicara. Hanani masih tercengang tidak mengerti. Untuk berlari ke rumahnya dia tidak berdaya. Pelukan mak Temah terlalu erat. Dan kuat.

"Ape dianya mak Temah? Boleh tak lepaskan pelukan mak Temah tu? Saya tak boleh nak benafas. Maaflah mak Temah. Apa yang mak Temah nak bagitau?" Hanani cuba melepaskan pelukan erat mak Temah.

"Ibu dan ayah Nani....dah tiada. Petang tadi...." Belum sempat bicara mak Temah habis, Hanani terjelepok ke tanah. Kelam kabut mak Temah menjerit-jerit memanggil sesiapa yang berada di dalam rumah yang mendengar jeritannya untuk membantunya memapah Hanani. Kesian gadis muda ini. Hilang tempat bergantung dalam masa yang terlalu muda. Abangnya Hafiz sudah dimaklumkan dan dijadualkan sampai ke Malaysia paling-paling cepat malam esok. Tak apelah daripada tak balik langsung. Kemudian seorang wanita separuh usia sebaya mak Temah berlari-lari ke arah mak Temah dan membantunya memapah Hanani. Segala urusan menguruskan jenazah ibu dan ayah Hanani telah disempurnakan jiran-jiran mereka.

Keluarga Hanani tiada saudara mara di Malaysia. Lagipun, menurut cerita yang mak Temah dengar daripada suaminya, ibu dan ayah Hanani adalah anak tunggal, tiada saudara terdekat yang lain dan masing-masing tinggal di luar negara. Keputusan untuk berhijrah ke Malaysia adalah kerana si ayahnya mendapat tawaran kerja yang lebih selesa di Malaysia. Jadi, mereka sekeluarga berhijrah ke Malaysia dan bermastauti di sini sehingga Hanani Ulya' dan Abduh Hafiz membesar sehingga kini.

...........ibu,ayah........ kembalilah............

No comments: