Sunday, May 23

still not getting any 7

Sedalam mana cinta yang perlu disemai? Kadang-kadang orang yang tak pernah bercinta, tapi rumah tangga, tahan sampai akhir usia. Ada jugak, yang dok bercinta jiwa raga segala-galanya milikmu, tapi bila kahwin, tak sampai 3 bulan, dan mula buat perangai. Astaghfirullah, bergegar tiang arasy...sekali si isteri mintak cerai, bergegar, kalu yang dok rujuk, cerai, rujuk, cerai, macam mana gamaknya tiang arasy tu nanti....

Hanani tersengguk-sengguk mendengar ceramah itu, tetapi telinganya sempat menangkap sepotong ayat itu, dan merasakan dekat dengan dirinya. Benar, aku tidak pernah bercinta dengan Izzul, tidak salah kalau aku terima lamaran dia, tapi, cukup bersediakah aku? Untuk menjadi isteri dalam usia aku sekarang ni? Lantas, Hanani bangun dari duduknya dan berlari ke dapur. Peristiwa itu telah berlangsung selama 2 minggu, tetapi sejak hari itu, fikirannya benar-benar buntu. Abang Hafiz sebulat-bulat hati dah suka kat mamat Izzul tu, sape lagi yang boleh ubah fikiran abang agaknya? Hmmm..

Tiba-tiba,

"Nani, aku pergi jemput kau. Dalam setengah aku sampai. Kita p makan kat luar. Please, aku nak jumpe kau.Sangat2!!!"

Semenjak peristiwa itu juga, Izzul seringkali mengirimkan sms kepadanya saban hari, dan kadangkala mengajak keluar makan bersama. Malahan, berjumpa dengan ibu-bapa Izzul juga sudah pernah, dan nyata mereka benar-benar menyukainya dan pernah mama si Izzul menyataka hasratnya untuk menjadikan Hanani sebagai menantunya. Cuma, hatinya masih terlalu sukar untuk membuat keputusan sebulat suara.

"Ok, aku siap."

Ringkas balasan Hanani. Entah mengapa setiap kali Izzul mengajaknya keluar, dirinya tidak pernah menolak dan memberi alasan seperti yang seringkali dibuat sebelum-sebelum ini.

"Gud girl, sayang."

Sengih di bibirnya seperti tidak mahu lekang. Semenjak hari itu juga, panggilan sayang tidak pernah lekang dari hujung bibir si jejaka. Kemudian, Hanani berpaling dan bersiap-siap ala kadar. Cukup hanya dengan jeans dan t-shirt, lebih selesa dan kasual. Lagipun, Izzul bukanlah seorang yang cerewet dalam hal-hal seperti itu, pasti dia tidak akan komen sikit pun.

Tak sampai setengah jam, deruman enjin Porshe milik Izzul sudah menderum di depan rumahnya. Abangnya masih ditempat kerja agaknya, belum pulang. Nantilah aku bagitahu abang yang aku keluar dengan Izzul.

"Assalamualaikum, Nani?"

Izzul memanggil dari bawah. Cukup kuat untuk didengar Hanani, cepat-cepat dia menarik hand bag dan berlari menuruni anak tangga. Pintu dibuka perkahan, dan Hanani tunduk tersipu dengan kehadiran jejaka itu.Segak, bergaya. 'Ini ke bakal suami aku? Hmmm...betul ke aku nak terima lamaran die?' Hanani masih ragu. Dan die tidak tahu apa keperluan untuk semua kisah cintanya yang baharu dicipta dengan Izzul.

"Waalaikumsalam...hai, awk!!! Jomlah gerak. Kang boleh balik awal kalau gerak awal."

Ucap Hanani dengan senyuman sebaris. Cukup manis. Membuatkan Izzul mengangkat muka lama memandang wajah ayu Hanani. Tidak jemu memandang wajah Hanani.Bagi Izzul, keputusannya untuk menikahi Hanani yang diambil mendadak seraya tidak mahu menuruti permintaan papanya adalah satu keputusan yang terbaik pernah dibuat.

"Izzul, jom.Let's go!" ajak Hanani lambut. Tersipu kerana pandangan Izzul lama tertancap pada wajahnya. Dan mereka beriringan ke kereta Izzul di luar parkiran. Pandangan Izzul masih tertancap pada wajah ayu Hanani. Ketara sungguh keayuan wajah gadis ni. Bertuahlah aku mendapatnya.

**********************************************************************************

Hanani:

Sungguh, aku tersipu. Ini, cintakah?

Izzul:

Girl, you tied my heart. You're the one hella girl, you know it!!!

No comments: