Saturday, May 29

cerminan perasaan

Betapa sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata.bila diri sudah tidak tahu berbicara kata-kata sendu dalam tangis.Indahkah?Atau hanya sekadar perhiasan yang menabiri pasca pandangan nan kelam? Aku tidak lagi mengerti erti kasih sayang dalam masa aku mula memusuhi insan itu. Wajarkah aku katakan semua ini? Bahwa cinta dan kasih sayang hanyalah permainan hati untuk menyesakkan iman? Aku terlalu buntu memikirkan kewajaran itu, lantas sebelum lebih dalam luka yang terjadi, aku mengambil jalan memusuhi cinta insan itu. Walau aku tahu tidak semua insan itu memberi luka dalam hatiku. Aku tahu hakikat itu. Namun, hatiku bagai telah tertututp dengan sendirinya bila perhatian yang aku berikan, seperti tiada gunanya. Biarlah. Jalan ini akan aku teruskan.Aku tidak mahu berpatah dari langkah ini. Aku tahu, Tuhan Maha Satu ingin menyucikan diriku dari belenggu cinta insan itu.Ini satu rahmat aku rasa. Selama ini aku terlalu sering membiarkan diriku hanyut dalam buaian kata-kata insan itu, hingga aku mampir daripada realiti alam nyata.Hingga aku cemari diri dengan kehinaan.Terima kasih Tuhan. Kerana Kau membawa aku pulang ke jalan nyata. Kerana memberi rahmat ini kepadaku. Kepada insan itu, yang masih punya hati padaku, maafkan aku kerana terpaksa menipu untuk mengelakkan dari terjebak dengan rasa yang membuai.Sungguh aku tidak sanggup.Mengenali kalian, memang satu erti bagiku.Bertambah sahabat.Tetapi bila sampai ke tahap mainan perasaan, aku terpaksa mungkir. Kerana aku malas untuk berkasih. Sayang yang aku pamerkan, memang hanya buatan. Tatkala aku mahukan perhatian, aku bersuara lunak manja. Hingga terbuai rasa dihatimu. Maafkan aku. Pada yang seorang itu, kasihmu aku hargai. Nasihatmu, tetap aku semat dalam diri. Harapanku, kata nasihatku akan kau bawa sampai mati. Kita tetap menjadi teman berbicara. Kerana aku tidak mahu kehilangan sahabat sebaikmu.Dinding utuh dalam hati, aku bina dengan serpihan rasa yang masih bersisa. Hanya kepada dia seorang aku bukakan pintu untuk terus bersahabat.Dan aku nantikan saat dia akan berbicara dengan rasa hatiku. Tentang kehidupan.Tentang masa depan.Tentang gurauan mesra.Tapi, tidak lagi tentang cinta yang masih bersisa.Tidak juga tentang perancangan masa depan yang mengikat rasa.Aku tidak tahu apakah wajar ini semua. Mengikat diri daripada sebarang perhubungan hingga sampai seru masa aku bertemu jejaka idaman kalbu.Pada-Mu ya Allah, aku panjatkan kesyukuran sekali lagi.Dan aku pohonkan pertolongan. Supaya azamku ini, terus terpahat kukuh dalam hati dan tidak lagi akan pudar hingga sampai masanya aku runtuhkan dinding itu seluruhnya.Bantu aku ya Tuhan.

p/s:cerminan rasa untuk menyimpan sebuah rasa.bukankah payah untuk terus hidup dengan kenangan yang menyakitkan?

No comments: