Thursday, April 22

still not getting any 5

Pagi hari raya itu,Abduh Hafiz dan Hanani Ulya' menapak menghampiri pusara ibu dan ayah mereka. Betapa mereka terlalu rindukan mereka. Urusan pengajian Hafiz sudah selesai dan hanya menungguh jawapan untuk dihantar ke kampus mana. Sama ada di main campus atau campus kejuruteraan. Semalam sudah diberitahu adiknya yang dia bakal meanjutkan pelajaran di USM sama seperti adiknya. Pada hematnya, lebih mudah. Rumah di KL akan disewakan kepada sesiapa yang memerlukan rumah. Mak Temah diberi tanggungjawab untuk mencari penyewa. Hafiz bercadang untuk menyewa sebuah rumah di Pulau Pinang dan tinggal  bersama adiknya. Mereka sebatang kara dan tidak ada salahnya sekiranya mereka membuka buku baru dalam hidup mereka. Sesekali mereka akan datang ke KL untuk melawat pusara ibu dan ayah mereka.

"Ibu, ayah, Fiz ngan Nani mintak ampun. Ni first time raya tanpa ibu, tanpa ayah...rasa kosong sangat-sangat. Kami rindukan jenaka ayah. Kami rindukan masakan ibu."

Air mata mereka berguguran membasahi wajah yang kemerahan menahan panas terik matahari. Sungguhlah, semasa adanya mereka, ada antara kita yang mengabaikan keberadaan mereka di sisi kita walau mereka jauh dari kita, tetapi bila mereka sudah pergi, kita akan merasa betapa kehilangan, satu penyeksaan.

Saat itu, air mata Hanani tidak dapat ditahan. Abangnya Abduh Hafiz sudah mengelap air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir. Sedu-sedan Hanani menambah kesedihan. Gadis ini terlalu muda untuk kehilangan ibu dan ayah. Mereka memang memanjakannya sehinggakan budak ni jadi susah untuk berenggang. Masakan, adiknya yang lebih pintar itu tidak dapat tawaran belajar di overseas, tetapi awal-awal lagi, ibu suruh adik tolak. Ibu tak sanggup nak berpisah jauh lama-lama dengan adik. Tetapi, akhirnya ibu  yang pergi dulu.Tinggalkan kami selama-lamanya. Ibu....

**********************************************************************************

'Nani, selamat hari raya. Mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, weyh! Balik cuti ni, aku belanja kau makan Friday's k?Kau suke kan?Huhuhu...'

Kiriman sms Izzul dibaca tanpa perasaan. Sedihnya masih bersisa. Ketupat yang dibeli abangnya itu masih tidak dijamah. Abang sibuk melayan teman-temannya yang datang melawat menyampaikan takziah. Teman-teman ibu juga ada call bagitau nak datang, dan mereka menyambutnya dengan tangan yang terbuka. Sekurang-kurangnya, diorang masih ingat jasa ibu. Kawan-kawan ayah pun ada bagitau nak datang menjenguk. Tak kisahlah.Nak datang ke tak, aku tak kisah. Jangan banyak kerenah sudah. Skrin handset dipandang tidak berperasaan lagi. Kini, ada satu lagi sms daripada Izzul.

'Nani, aku datang. Jumpe kau. Petang ni. Kul 5. Aku nak raya rumah kau, aku nak jumpa abang kau.Aku nak bincang pasal kita.'

Hanani terpegun. Nak jumpa? Bincang? Kita? ' Aku tak faham.' Di luar sedar tangannya sudah menaip 'OK' dan terus menekan butang SEND. Berkali-kali Nani memastikan, dan sememangnya dia dah SEND mesej tu. Dan, dia hanya termenung. Tidak tahu apa yang harus dibuat.GILA.Nani, kau sudah GILA.

...just, don't wanna give him false hope...

Jam sudah pukul 4.00.'Still have time to give excuses, Nani!Idea!!!'

Nani hanya memandang kosong skrin handset sehingga....

"Assalamualaikum!!!"

'Macam kenal suara tu. Tapi....' Jantungnya berdegup kencang. Macam nak gila je rasa. Cepat-cepat disarung tudung dan turun ke bawah membuat air. Dia tidak mengendahkan suara lelaki itu yang sedang beramah mesra dengan abangnya.

"Nani...ni kawan Nani datang ni. Dia nak jumpa ngan Nani sangat-sangat."

Naik satu oktaf suara abangnya menjerit memanggil dari depan. 'Sabarlah, tengah buat air ni!Huh..'

"Japlah, orang tengah buat air ni. Kang tak buat air, complain lak. Abang, nak potong benda ni macam mana? Meh tolong orang sat."

"OK!"

Sangkanya si gadis abangnya yang menapak, tetapi sangkaannya salah. Ternyata salah. Terpacul satu wajah yang cukup dikenalinya. Jam ditangan dikerling, adess....lupa lak mamat ni nak datang. Tapi, ape mimpi dia masuk dapur aku ni?/

"Tak payah, aku datang tak nak makan. Nak sembang-sembang ngan kau aje. Dah, bawak air tu pergi depan. Kita sembang-sembang."

Off-handed sahaja suara jejaka kacak itu. Dalam hatinya, berbunga riang kerana dapat bersua muka dengan Hanani. Rindunya bukan main. Dan, satu saat dia terpana, melihat gadis keras hati itu, memakai kain batik.

"Nani, sweetnye!!"Katanya sempat memuji sebelum disiku kuat oleh gadis keras hati itu.

"Kau, jangan lebih."

Hanani bagi warning awal-awal. Dia masih tidak faham maksud ayat mamat ni tadi. Dan, dia malas fikir lagi.

Di ruang tamu, abangnya sudah tersenyum-senyum. Manis. Hanani dan Izzul tidak bersuara. Dan...

"So, dah lama ke korang ni kenal? Sejak bile lagi korang kapel?"

Hafiz memecahkan kebuntuan. Hanani mencerlung ke arah abangnya. Izzul pula, tersengih-sengih buat muka tidak bersalah.

"Kitorang tak kapel, kawan satu kuliah aje."Kata Hanani selamba. Membela diri.

"Tapi, saya jadi her knight of shining armour die sebab tiap-tiap die mesti tumbang depan saye. IF, she didn't take her meal.Hmm..." Izzul tersengih lama memandang Hanani.

"OK, yang tu aku ngaku la...Tapi, aku tak faham, '.....nak bincang pasal kita.....'???derrr..ade meaning tak???"

Tanya Hanani mengharapkan jawapan. Abangnya hanya diam memandang mereka berdua.

"Pasal kita, aku nak nikah dengan kau boleh?" Straight to the point aje Izzul memberitahu. Payahlah nak dalih-dalih ni. Buntang mata Hanani. Abangnya pula, semakin lebar senyuman nakalnya. Dan, dalam hatinya, sudah merangka-rangka pla besar tahun tu.

"You, what? Say it again?"

Masih belum berpuas hati.

"Aku nak kita nikah. Dalam bulan ni kita tunang, bulan depan, kita nikah. Bound!!!!"

Izzul menerangkan satu persatu. Dia benar-benar sayangkan gadis ini, dan rasanya masalah yang diberitahu mama dan papanya boleh settle kalau aku nikah. Dan, gadis ni la yang aku pilih untuk menjadi suri hidup aku.

"No!!!"

"Aku tak boleh." Hampir menjerit Hanani bersuara.

"Kau boleh. Aku sayangkan kau. Dan aku tahu, kau sayang kat aku jugak. Deep inside, aku tau, kau ade simpan hati kat aku. I'm your knight with shining armour right?"

Izzul memujuk. Masiih menyimpan harap.

"My answer is....

Izzul,

...i do love you...

Hanani,

...it's not part of the plan...

No comments: